PINE
TREE HILL TWIN PEAK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Sekian lamanya
KOA tak update entri ni walaupun masih baru dalam dunia blogger ni. Haha. Entri
pada kali ini KOA ingin berkongsi tentang trip yang kami berkolaborasi bersama
Travelling Quran atau dikenali sebgai TQ.
TQ merupakan salah satu group outdoor yang juga masih hijau
seperti kami. Akan tetapi group mereka sangat lah bagus dan dengan niat ingin
membantu dan memudahkan pendaki kerana setiap puncak yang ditawan akan
dipacakkan arah kiblat. Yaa, memang ramai yang akan berkata apabila didalam
hutan kita boleh solat dimana-mana asalkan yakin dengan solat. Tetapi apabila
dipacaknya arah kiblat ini serba sedikit membantu para pendaki untuk mengingati
solat. Dan trip kali ini sangat lah ohsem bagi pihak KOA kerana kami diberi
kepercayaan penuh oleh Kak Wan selaku ketua TQ ini untuk menjadi pemandu arah
serta pasukan sokongan.
Sebelum KOA bercerita tentang trip bagi KOA masa sikit
untuk terangkan tentang Pine Tree dulu yaaa. Pine Tree Hill merupakan gunung
yang terletak di Fraser Hills yang berketinggian 1505meter. Tapi ketinggian
yang perlu didaki adalah 300meter sahaja (yang ni KOA google). Perjalanan
adalah 5.5km. Pergi sahaja ye 5.5 tu. Jadi tambah lah sendiri untuk pergi dan
balik.Untuk sampai ke Pine Tree ni amatlah mudah oleh kerana
zaman yang serba moden ni korang boleh waze jeee. Kalau rasa nak berdikari tu
korang boleh lah ikut jalan menghala ke Kuala Kubu Bharu. Apabila dah sampai ke
empangan Kuala Kubu Bharu tu korang boleh ikut signboard Fraser hill. Dah
sampai ke Fraser hill tu korang boleh terus kan pencarian banglo TM sebab trail
head dekat dengan bangle TM. Tapi sebelum tu jangan lupa buat laporan ye.
Ok berbalik kepada Pine Tree ye. Perjalanan 5.5km tu kami berjaya
buat dengan memakan masa 5jam sahaja ye. Dan perjalanan balik pon sama dengan
perjalanan datang. Maka, keseluruhannya adalah 13jam termasuk dengan layan
puncak 2 jam. Walaupun makan masa lama tapi kami berpuas hati kerana peserta
yang mengikuti trip ni pon boleh tahan ramai nya. Jumlah semua adalah 50 orang.
Keadaan track pon amatlah berpuas hati sebab track track pacak ni kurang.
Sesuai untuk pendaki baru (kami siap bawa budak kecil ya). Tetapi, sebelum
sampai ke puncak kene wall climbing sedikit. Haaa, lagi satu. Untuk makluman
pemanasan badan amatlah perlu kerana anda akan melalui tangga yang agak kurang
ajar ditrack Pine Tree ni. Hahaha.
Walaupun terletak di Fraser Hill tapi jangan tertipu dengan
cuaca ye. Di puncak Pine Tree ni bergantung pada awan. Tapi masa KOA di puncak
ni cuaca sama macam dekat KL. Panas dia boleh tahan. Bila dah sampai ke puncak
tu jangan lupa singgah ke Twin Peak ye. Perjalanan ke Twin Peak makan masa
dalam 20 sehingga 30 minit. View dia OMG betul. Hahaha. Sekian sahaja entri KOA pada kali ini yeee.
Sekiranya mempunyai apa-apa pertanyaan boleh contact
014-7351682 (Aqil) atau singgah ig kami @keramat_outdoor