Thursday, February 25, 2016

GUNUNG NUANG


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua. Ok guys, ekceeeeli last week pada 20 feb 2016 KOA and crew ada terjah ke Gunung Nuang. Untuk trip kali ni admin KOA diminta untuk membantu Kelab Darwisyh et Darwisyah (lagi senang panggil DD) untuk menjadi supporter dan sebagainya lah untuk mereka ni. Okkkk, trip ni kami buat daypack je. Akan tetapiii, jeng jeng jenggg. Haha. Trip ini merupakan salah satu trip yang agak seronok dalam masa yang sama memberi kami pengajaran untuk persediaan trip akan datang.

Sebelum nak cerita sikit pasal trip ni. KOA nak terang kan dulu pasal gunung ni. Gunung Nuang kalau diikutkan adalah Gunung yang tertinggi di Selangor. Ketinggian gunung ini adalah 1493 meter. Nak diikutkan track untuk ke puncak ada 3 jalan. Kebiasaannya bagi yang diketahui umum adalah melalui Janda Baik atau Kg. Pangsun. Track yang ketiga adalah melalui Kemensah, Gombak. KOA buat ikut track Pangsun. Sekiranya nak melalui Pangsun, anda boleh waze Kg, Pangsun Hulu Langat. Jalan pon senang je. Mana yang melalui Bukit Ampang bila dah sampai dimasjid Hulu Langat tu sila ambil kiri ya. Dan terusssss sampai jumpa signboard Gunung Nuang. Nuang ni sangat lah mudah nak jumpa sebab ada signboard dan orang sana pon peramah kalau ditanya. Haaa, lagi satu info. Nuang ni merupakan sempadan 3 negeri tau. Kalau di puncak korang akan jumpa batu sempadan Pahang/Selangor. Dan di Pengasih (ini merupakan checkpoint) korang boleh pijak sempadan N.Sembilan/Pahang/Selangor. Ok KOA dah nak start cerita bab track dia ni tapi KOA akan singkatkan sahaja yeeee.

Ohhhh lupa nak bagitahu. Perjalanan ke puncak berbeza sekiranya kita ikut Janda Baik atau Pangsun. Orang cakap Pangsun ni ‘hardcore’. Sekiranya ikut Janda Baik kita dah potong 2 jam (KOA tak pernah ikut Janda Baik). Korang try ye dari Janda Baik lepas tu bagitau kami. Hee. Banyak yang nak santai akan ikut Janda Baik. Kalau korang nak merasa azab Nuang boleh lah ikut Pangsun. Hee. Bak kata kawan KOA, kalau dah ikut Pangsun ni kira dah boleh dah tapaw gunung lain. Hahahaha. Tapi track dia betul ajak bercinta weh. Kami hampir-hampir tak nak naik ke puncak dan turun balik ke track head. Huh huh. Nampak kan hampir bercinta kami dengan track. Haha.

Tapi sebelum nak cerita tentang track saya nak cerita tentang line up kami dan pengalaman kami dulu yeeee. Seramai 26 orang yang terlibat. 7 orang daripada KOA dan selebihnya daripada DD. Permulaan track adalah daripada pintu gerbang Gunung Nuang. Sebelum masuk tu pastikan jumpa renjer dekat pondok untuk lapor diri dan bayar Rm1 yeee untuk permit. Kalau korang naik awal tu, boleh lah bayar masa balik nanti. 

Ok berbalik kepada pengalaman kami.
Haha. Ini first trip Nuang yang KOA rasa agak tough. Ye lah, kebiasaan mengambil masa 7 ke 9 jam perjalanan pergi dan balik. Tapi kali ni kami mengambil masa 17 jam perjalanan. Diulang sekali lagi 17 jam yeee. Hahaha. OT dia betul OT KOA dapat. Tapi ni lah pengalaman yang paling berharga. Bukan je dapat kenal orang lain, KOA juga dapat pengalaman sekiranya perkara tak diingini berlaku semasa dalam perjalanan (maklumlah KOA ni baru mula bertapakkan).

17 jam tu bukan lah sebab masing-masing ‘pewai’. Sebabnya ada seorang dua yang injured di kaki yang buat perjalanan terbatas sedikit. Lagipun masa KOA pergi ni ramai juga trip dari group yang lain. UITM saja rasa nya 2 bas. Huh huh. Bersesak juga kami dipuncak. Semasa perjalanan turun adalah perjalanan paling menarik. Kami dapat bermacam pengalaman dimana KOA harus mempunyai alatan yang secukupnya dari segi makanan,minuman dan ubat-ubatan (first aid). 

Dannnn paling menarik adalah kami terpaksa berjalan malam dalam keadaan gelap. Sangatlah terbatas perjalanan kerana dah la malam hujan pula. Headlamp pon jadi samar bila hujan turun.
Haaaa, part paling menarik apabila KOA hampir sesat di Basecamp LOLO kerana track ditutup kayu balak (kalau anda berjalan malam make sure alert marking ye) dan lampu pon macam nak tak nak je dia menyala. Lepas je dah dapat track betul, lagi sekali KOA terserempak dengan ular. Alhamdulillah tiada apa-apa yang jadi. Maybe dia pon nak tracking sama agaknya.

Bagaimanapun, KOA nak ucapkan TAHNIAH kepada group DD kerana Berjaya sampai puncak Gunung Nuang dan berjaya turun dengan selamat walaupun ada seorang dua yang injured di kaki. Semangat yang paling bagus pernah KOA tengok. Bagi crew dan admin KOA pula, TERIMA KASIH kerana memberi sokongan untuk trip kali ini. Walaupun ada seorang dua tiga empat ahli KOA yang tak cukup makanan tapi anda masih GAGAH berjalan. Hahaha. Sooo, lepas ni ingat ye kalau mendaki makanan kene full dalam bag. Hahahaha.









Sebelum KOA tutup entri ni, KOA bagitahu masa perjalanan untuk Gunung Nuang :

Gate – ke – Kem Lolo > 1 jam sehingga 1 jam 30 minit
Kem Lolo – ke – Kem Pacat > 1 jam
Kem Pacat – ke – Puncak Pengasih > 2 jam
Puncak Pengasih – ke – Puncak > 45 minit

*visit our ig @keramat_outdoor
*jangan lupa bawak makanan lebih untuk penunggu Nuang tu ye




Tuesday, February 23, 2016

AIR TERJUN BERKELAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri untuk kali ni KOA nak share pengalaman ke Air Terjun Berkelah atau dikenali sebagai Berkelah Waterfall dalam bahasa Inggeris. Air Terjun Berkelah terletak di Hutan Lipur Berkelah, Gambang. KOA sendiri tak pasti samada di daerah Maran tau Gambang. Kalau google dia akan keluar daerah Pekan/Maran/Pahang. Haha. Tapi di signboard adalah daerah Gambang. Tempat ini agak terkenal untuk aktiviti riadah bagi peminat outdoor dan juga keluarga. Tapi, kebanyakan keluarga mandi dekat starting gate Berkelah ni saja. Sekiranya daypack tidak perlukan permit tapi kalau nak bermalam eloklah mohon permit untuk keselamatan masing-masing yeee.

Seramai 14 orang yang join trip KOA pada kali ini. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami selamat. Perjalanan daripada gate menuju ke campsite adalah dalam 2 jam(perjalanan kami). Berkelah mempunyai 7 tingkat air terjun. Tapi berhati-hati semasa tracking tu. Batu disana agak licin. Airnya juga sangat lah dalam. Psstttt, abang johari bagitahu banyak kejdian lemas pernah jadi dekat sini. Hati-hati semasa mandi dan elakkan mandi semasa hujan.

Ok, perjalanan kami bermula daripada KL dimana markas untuk ahli KOA berkumpul (Keramat lah tempatnya). Kami berkumpul pada pukul 3 pagi. Selepas siap berkumpul dan ‘briefing’ kepada peserta, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Gelugur. Korang boleh google Masjid Gelugur ni dekat google tap make sure tambah Pahang dibelakang. Kalau tidak nanti ke Penang lah korang. Hee.

Tepat pukul 530 kami sampai di area Maran dan bersarapan di kawasan sana. Perjalanan kami agak perlahan sebab tidak mengejar masa dan banyak berhenti. Nak ikutkan 2 jam je kalau dari KL ni. Haha. Makaaaaaa, kami sampai di Masjid Gelugur pada jam 630 pagi.

Seperti trip biasa. Apabila sampai sahaja di lokasi kami akan melakukan persediaan diri dan pembahagian ‘ration’. Untuk makluman di masjid ini ada kedai makan yang buka pada pukul 7 ye. Jadi anda boleh bungkus lunch pack anda disini.
Persediaan diri dah siap, ration pon dah settle maka kami bertenggek ditepi kereta menunggu Abang Johari untuk mengangkut kami ke gate Berkelah. Tepat jam 730 pagi kami bergerak ke gate Berkelah.Disini permulaan perjalanan kami.
KOA tak nak bercerita panjang. KOA lampirkan tentative program untuk memudahkan anda guna sebagai info.


















Day 1

2 am – Berkumpul di Markas (EPL)
3am – Bergerak ke Maran, Pahang
530am – Breakfast di Maran
630am – Tiba di Masjid Gelugur / Persiapan diri / Pembahagian ration
730am – Bergerak ke Gate Berkelah
8am – Angkat sauhhhhh
10am – Tiba di Campsite / Pacak khemah
12pm – Lunch

Free and easy / Main air / Selfie / Wefie

4pm – Hi tea
6pm – Persiapan makan malam
8pm – Group aktiviti / BBQ session / Dinner
Dannnnn tidur

Day 2

7am – Breakfast
8am – Main air
12pm – Kemas campsite
2pm – Turun ke Gate

4pm – Bergerak balik


*Sekiranya ramai elok sediakan life jacket
*Sampah seperti biasa tolong bawa keluar (sedih tengok keadaan track penuh sampah)
*Contact abang johari 013-9976368


Selamat Bermandian dan Jaga Keselamatan Anda !



vist our ig @keramat_outdoor


LATA HAMMER

LATA HAMMER


Lata Hammer adalah kawasan air terjun yang agak terpencil atau jauh daripada kawasan yang ramai dengan pengunjung.Bagi yang menetap di KL anda boleh datang melalui hihway Karak keluar di Bentong. Mengambil masa dalam 40 ke 60 minit ke Lata Hammer.
Apabila sudah keluar di Bentong anda boleh ke Perting Valley. Nak mudah guna google maps dan cari kordinat ni (3.453301, 101.899005). Sekiranya dari arah Bentong, Perting Valley akan berada di belah kanan. Tajam kan mata yeee. Masa KOA pergi dulu signboard Perting Valley tu dah lusuh dan kami lupa nak ambil gambar. Hee.

Sekiranya dah jumpa anda boleh masuk sehingga jumpa resort (yang tak berapa nak resort). Perjalanan untuk ke resort tu makan masa dalam 15 ke 20 minit (bergantung pada kereta) jalan nya hmm agak teruk kerana berbatu-batu (KOA masa pergi ni naik MYVI je).

Ok. Dah jumpa resort dan parking tu pastikan tak menghalang laluan orang ye. Dan keselamatan parking adalah tanggungjawab sendiri. Sooooo, pastikan pintu cermin stereng tayar dan segala dalam keadaan berkunci. Kalau semua dah selamat maka anda boleh la Angkat SAUHHHH !

Maafkan kami kerana terlupa untuk ambil gambar untuk perjalanan masuk dan tracking untuk ke Lata Hammer (phone admin buat hal masa tu). Kalau tak pasti boleh tanya orang sana untuk ke Lata Hammer. Tapi starting tracking adalah daripada pintu gate resort tersebut. Melalui pintu kecik yang tak berkunci. Selepas lalu daripada gate kecik tu korang akan lalu kawasan denai yang tak berapa nak denai sehingga jumpa sungai.

Dah jumpa sungai aiteee. Tajamkan mata anda sekali lagi. Sebabnya marking di sungai tu tak berapa nak nampak. Tapi ada tali untuk melintas sungai tersebut. Okkkk, dekat sini korang kene main air sebab kene lintas sungai tuuu. Hee. Dah lintas sungai aiteee ? Nampak track tanah merah ? Tu asalnya track powil (4x4) tapi tu lah track untuk ke Lata Hammer. Hee. Perjalanan dalam 40 ke 60 minit bergantung pada perjalanan anda. Teruskan perjalanan sehingga jumpa signboard Lata Hammer dibelah kanan. 

Tahniah berjaya sampai ke Lata Hammer ! Tapi tu belum lagi tu. Haha. Korang kene turun daripada signboard tu (agak curam). Jaga langkah ye jangan sampai jatuh. Dah turun ? ok lintas sungaiiiii. Dannnn TAHNIAH. Hahaha. Anda sampai ke campsite Lata Hammer.



Stratng track kami selepas parking kereta. Tapi kami parking tempat lain sebab parking resort takde.

 On the way ke Lata Hammer. Brader sado tu nampak happy dalam tengah sakit hati kereta calar. Haha.
 Sungai ni yang KOA maksud kan kene lintas dekat sini ye.
OK. Dah lepas track powil. Ni signboard Lata Hammer (Tapi gambar ni masa balik) hee.
Admin Mangga beraksi. Ciak ciak ciakkk.





Ok selebihnya gambar sepanjang perjalanan dan semasa di Lata Hammer :)

*Peringatan. Banyak kes kematian pernah jadi dekat sini. Jadi para pengunjung minta berhati-hati semasa mandi. Elak kan kawasan air terjun sebab pusar agak kuat.

*Sampah pastikan bawa keluar ya. Ingat, tiada cleaner dalam hutan ni. Jadi pastikan bersih.

*Campsite juga pastikan selamat. Hujan tak menentu disini.

*Yahhh lupa nak promote. Gambar last ni ye, Pakai sweater (admin Jai), buff camoe (admin Aqil), topi askar (admin Mangga), yang depan sekali (crew Shamil).

SELAMAT BEROUTDOOR DAN JAGA KESELAMATAN ANDA YEEE !

Boleh tengok ig (instagram) kami @keramat_outdoor.
Sebarang pertanyaan boleh tanya di ig kami :)



Monday, February 22, 2016

K.O.A

Keramat outdoor Adventure


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Ini kali pertama Keramat Outdoor Adventure atau lebih senang dipanggil K.O.A. Kami bukanlah organizer atau apa-apa management untuk sebarang aktiviti outdoor. Tetapi, segala aktiviti yang kami lakukan akan dibuka kepada umum "open trip". Untuk maklumat kami baru sahaja ditubuhkan dan yuppppp admin atau ahli asal KOA adalah anak jati KERAMAT. Baru lagi KOA ni ditubuhkan. Maklumlah, sebelum ni banyak join trip orang je. Jadi kami berlima (Aqil,Mangga,Jai,Jep,Amsya) bersetuju untuk menubuhkan KOA ni. Dan blog ni pon blog yang pertama untuk kami. Untuk perkenalan KOA lebih tertumpu kepada aktiviti camping. Ada jugak selit sikit-sikit trip gunung. Tapi kebanyakan trip tak lah se"Hardcore" trip otai. Hee. Banyak daypack sahaja. Santai-santai kebanyakan trip kami. Rasanya cukup mukadimah untuk KOA ni. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan atau nak join trip kami jangan segan jangan silu. Boleh view instagram kami @keramat_outdoor. Dekat situ boleh cari admin KOA punya ig yeee. See yah on the next postttt...