Thursday, February 25, 2016

GUNUNG NUANG


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua. Ok guys, ekceeeeli last week pada 20 feb 2016 KOA and crew ada terjah ke Gunung Nuang. Untuk trip kali ni admin KOA diminta untuk membantu Kelab Darwisyh et Darwisyah (lagi senang panggil DD) untuk menjadi supporter dan sebagainya lah untuk mereka ni. Okkkk, trip ni kami buat daypack je. Akan tetapiii, jeng jeng jenggg. Haha. Trip ini merupakan salah satu trip yang agak seronok dalam masa yang sama memberi kami pengajaran untuk persediaan trip akan datang.

Sebelum nak cerita sikit pasal trip ni. KOA nak terang kan dulu pasal gunung ni. Gunung Nuang kalau diikutkan adalah Gunung yang tertinggi di Selangor. Ketinggian gunung ini adalah 1493 meter. Nak diikutkan track untuk ke puncak ada 3 jalan. Kebiasaannya bagi yang diketahui umum adalah melalui Janda Baik atau Kg. Pangsun. Track yang ketiga adalah melalui Kemensah, Gombak. KOA buat ikut track Pangsun. Sekiranya nak melalui Pangsun, anda boleh waze Kg, Pangsun Hulu Langat. Jalan pon senang je. Mana yang melalui Bukit Ampang bila dah sampai dimasjid Hulu Langat tu sila ambil kiri ya. Dan terusssss sampai jumpa signboard Gunung Nuang. Nuang ni sangat lah mudah nak jumpa sebab ada signboard dan orang sana pon peramah kalau ditanya. Haaa, lagi satu info. Nuang ni merupakan sempadan 3 negeri tau. Kalau di puncak korang akan jumpa batu sempadan Pahang/Selangor. Dan di Pengasih (ini merupakan checkpoint) korang boleh pijak sempadan N.Sembilan/Pahang/Selangor. Ok KOA dah nak start cerita bab track dia ni tapi KOA akan singkatkan sahaja yeeee.

Ohhhh lupa nak bagitahu. Perjalanan ke puncak berbeza sekiranya kita ikut Janda Baik atau Pangsun. Orang cakap Pangsun ni ‘hardcore’. Sekiranya ikut Janda Baik kita dah potong 2 jam (KOA tak pernah ikut Janda Baik). Korang try ye dari Janda Baik lepas tu bagitau kami. Hee. Banyak yang nak santai akan ikut Janda Baik. Kalau korang nak merasa azab Nuang boleh lah ikut Pangsun. Hee. Bak kata kawan KOA, kalau dah ikut Pangsun ni kira dah boleh dah tapaw gunung lain. Hahahaha. Tapi track dia betul ajak bercinta weh. Kami hampir-hampir tak nak naik ke puncak dan turun balik ke track head. Huh huh. Nampak kan hampir bercinta kami dengan track. Haha.

Tapi sebelum nak cerita tentang track saya nak cerita tentang line up kami dan pengalaman kami dulu yeeee. Seramai 26 orang yang terlibat. 7 orang daripada KOA dan selebihnya daripada DD. Permulaan track adalah daripada pintu gerbang Gunung Nuang. Sebelum masuk tu pastikan jumpa renjer dekat pondok untuk lapor diri dan bayar Rm1 yeee untuk permit. Kalau korang naik awal tu, boleh lah bayar masa balik nanti. 

Ok berbalik kepada pengalaman kami.
Haha. Ini first trip Nuang yang KOA rasa agak tough. Ye lah, kebiasaan mengambil masa 7 ke 9 jam perjalanan pergi dan balik. Tapi kali ni kami mengambil masa 17 jam perjalanan. Diulang sekali lagi 17 jam yeee. Hahaha. OT dia betul OT KOA dapat. Tapi ni lah pengalaman yang paling berharga. Bukan je dapat kenal orang lain, KOA juga dapat pengalaman sekiranya perkara tak diingini berlaku semasa dalam perjalanan (maklumlah KOA ni baru mula bertapakkan).

17 jam tu bukan lah sebab masing-masing ‘pewai’. Sebabnya ada seorang dua yang injured di kaki yang buat perjalanan terbatas sedikit. Lagipun masa KOA pergi ni ramai juga trip dari group yang lain. UITM saja rasa nya 2 bas. Huh huh. Bersesak juga kami dipuncak. Semasa perjalanan turun adalah perjalanan paling menarik. Kami dapat bermacam pengalaman dimana KOA harus mempunyai alatan yang secukupnya dari segi makanan,minuman dan ubat-ubatan (first aid). 

Dannnn paling menarik adalah kami terpaksa berjalan malam dalam keadaan gelap. Sangatlah terbatas perjalanan kerana dah la malam hujan pula. Headlamp pon jadi samar bila hujan turun.
Haaaa, part paling menarik apabila KOA hampir sesat di Basecamp LOLO kerana track ditutup kayu balak (kalau anda berjalan malam make sure alert marking ye) dan lampu pon macam nak tak nak je dia menyala. Lepas je dah dapat track betul, lagi sekali KOA terserempak dengan ular. Alhamdulillah tiada apa-apa yang jadi. Maybe dia pon nak tracking sama agaknya.

Bagaimanapun, KOA nak ucapkan TAHNIAH kepada group DD kerana Berjaya sampai puncak Gunung Nuang dan berjaya turun dengan selamat walaupun ada seorang dua yang injured di kaki. Semangat yang paling bagus pernah KOA tengok. Bagi crew dan admin KOA pula, TERIMA KASIH kerana memberi sokongan untuk trip kali ini. Walaupun ada seorang dua tiga empat ahli KOA yang tak cukup makanan tapi anda masih GAGAH berjalan. Hahaha. Sooo, lepas ni ingat ye kalau mendaki makanan kene full dalam bag. Hahahaha.









Sebelum KOA tutup entri ni, KOA bagitahu masa perjalanan untuk Gunung Nuang :

Gate – ke – Kem Lolo > 1 jam sehingga 1 jam 30 minit
Kem Lolo – ke – Kem Pacat > 1 jam
Kem Pacat – ke – Puncak Pengasih > 2 jam
Puncak Pengasih – ke – Puncak > 45 minit

*visit our ig @keramat_outdoor
*jangan lupa bawak makanan lebih untuk penunggu Nuang tu ye




No comments:

Post a Comment