AIR TERJUN
BERKELAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri untuk kali
ni KOA nak share pengalaman ke Air Terjun Berkelah atau dikenali sebagai
Berkelah Waterfall dalam bahasa Inggeris. Air Terjun Berkelah terletak di Hutan
Lipur Berkelah, Gambang. KOA sendiri tak pasti samada di daerah Maran tau Gambang.
Kalau google dia akan keluar daerah Pekan/Maran/Pahang. Haha. Tapi di signboard
adalah daerah Gambang. Tempat ini agak terkenal untuk aktiviti riadah bagi
peminat outdoor dan juga keluarga. Tapi, kebanyakan keluarga mandi dekat
starting gate Berkelah ni saja. Sekiranya daypack tidak perlukan permit tapi
kalau nak bermalam eloklah mohon permit untuk keselamatan masing-masing yeee.
Seramai 14 orang yang join trip KOA pada kali ini.
Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami selamat. Perjalanan daripada gate
menuju ke campsite adalah dalam 2 jam(perjalanan kami). Berkelah mempunyai 7
tingkat air terjun. Tapi berhati-hati semasa tracking tu. Batu disana agak
licin. Airnya juga sangat lah dalam. Psstttt, abang johari bagitahu banyak
kejdian lemas pernah jadi dekat sini. Hati-hati semasa mandi dan elakkan mandi
semasa hujan.
Ok, perjalanan kami bermula daripada KL dimana markas
untuk ahli KOA berkumpul (Keramat lah tempatnya). Kami berkumpul pada pukul 3
pagi. Selepas siap berkumpul dan ‘briefing’ kepada peserta, kami meneruskan
perjalanan ke Masjid Gelugur. Korang boleh google Masjid Gelugur ni dekat
google tap make sure tambah Pahang dibelakang. Kalau tidak nanti ke Penang lah
korang. Hee.
Tepat pukul 530 kami sampai di area Maran dan
bersarapan di kawasan sana. Perjalanan kami agak perlahan sebab tidak mengejar
masa dan banyak berhenti. Nak ikutkan 2 jam je kalau dari KL ni. Haha.
Makaaaaaa, kami sampai di Masjid Gelugur pada jam 630 pagi.
Seperti trip biasa. Apabila sampai sahaja di lokasi
kami akan melakukan persediaan diri dan pembahagian ‘ration’. Untuk makluman di
masjid ini ada kedai makan yang buka pada pukul 7 ye. Jadi anda boleh bungkus
lunch pack anda disini.
Persediaan diri dah siap, ration pon dah settle maka
kami bertenggek ditepi kereta menunggu Abang Johari untuk mengangkut kami ke
gate Berkelah. Tepat jam 730 pagi kami bergerak ke gate Berkelah.Disini
permulaan perjalanan kami.
KOA tak nak bercerita panjang. KOA lampirkan tentative
program untuk memudahkan anda guna sebagai info.
Day 1
2 am – Berkumpul di Markas (EPL)
3am – Bergerak ke Maran, Pahang
530am – Breakfast di Maran
630am – Tiba di Masjid Gelugur / Persiapan diri /
Pembahagian ration
730am – Bergerak ke Gate Berkelah
8am – Angkat sauhhhhh
10am – Tiba di Campsite / Pacak khemah
12pm – Lunch
Free and easy / Main air / Selfie / Wefie
4pm – Hi tea
6pm – Persiapan makan malam
8pm – Group aktiviti / BBQ session / Dinner
Dannnnn tidur
Day 2
7am – Breakfast
8am – Main air
12pm – Kemas campsite
2pm – Turun ke Gate
4pm – Bergerak balik
*Sekiranya ramai elok sediakan life jacket
*Sampah seperti biasa tolong bawa keluar (sedih tengok keadaan track penuh sampah)
*Contact abang johari 013-9976368
Selamat Bermandian dan Jaga Keselamatan Anda !
vist our ig @keramat_outdoor
kalau font besar sikit sedap baca.. hehe..
ReplyDeletekipidap gais!
Good luck for next trip guys! Kipidap ��
ReplyDeleteThank you guys.
ReplyDelete