LATA HAMMER
Lata Hammer adalah kawasan air terjun yang agak terpencil atau jauh daripada kawasan yang ramai dengan pengunjung.Bagi yang menetap di KL anda boleh datang melalui hihway Karak keluar di Bentong. Mengambil masa dalam 40 ke 60 minit ke Lata Hammer.
Apabila sudah keluar di Bentong anda boleh ke Perting Valley. Nak mudah guna google maps dan cari kordinat ni (3.453301, 101.899005). Sekiranya dari arah Bentong, Perting Valley akan berada di belah kanan. Tajam kan mata yeee. Masa KOA pergi dulu signboard Perting Valley tu dah lusuh dan kami lupa nak ambil gambar. Hee.
Sekiranya dah jumpa anda boleh masuk sehingga jumpa resort (yang tak berapa nak resort). Perjalanan untuk ke resort tu makan masa dalam 15 ke 20 minit (bergantung pada kereta) jalan nya hmm agak teruk kerana berbatu-batu (KOA masa pergi ni naik MYVI je).
Ok. Dah jumpa resort dan parking tu pastikan tak menghalang laluan orang ye. Dan keselamatan parking adalah tanggungjawab sendiri. Sooooo, pastikan pintu cermin stereng tayar dan segala dalam keadaan berkunci. Kalau semua dah selamat maka anda boleh la Angkat SAUHHHH !
Maafkan kami kerana terlupa untuk ambil gambar untuk perjalanan masuk dan tracking untuk ke Lata Hammer (phone admin buat hal masa tu). Kalau tak pasti boleh tanya orang sana untuk ke Lata Hammer. Tapi starting tracking adalah daripada pintu gate resort tersebut. Melalui pintu kecik yang tak berkunci. Selepas lalu daripada gate kecik tu korang akan lalu kawasan denai yang tak berapa nak denai sehingga jumpa sungai.
Dah jumpa sungai aiteee. Tajamkan mata anda sekali lagi. Sebabnya marking di sungai tu tak berapa nak nampak. Tapi ada tali untuk melintas sungai tersebut. Okkkk, dekat sini korang kene main air sebab kene lintas sungai tuuu. Hee. Dah lintas sungai aiteee ? Nampak track tanah merah ? Tu asalnya track powil (4x4) tapi tu lah track untuk ke Lata Hammer. Hee. Perjalanan dalam 40 ke 60 minit bergantung pada perjalanan anda. Teruskan perjalanan sehingga jumpa signboard Lata Hammer dibelah kanan.
Tahniah berjaya sampai ke Lata Hammer ! Tapi tu belum lagi tu. Haha. Korang kene turun daripada signboard tu (agak curam). Jaga langkah ye jangan sampai jatuh. Dah turun ? ok lintas sungaiiiii. Dannnn TAHNIAH. Hahaha. Anda sampai ke campsite Lata Hammer.
Stratng track kami selepas parking kereta. Tapi kami parking tempat lain sebab parking resort takde.
On the way ke Lata Hammer. Brader sado tu nampak happy dalam tengah sakit hati kereta calar. Haha.
Sungai ni yang KOA maksud kan kene lintas dekat sini ye.
OK. Dah lepas track powil. Ni signboard Lata Hammer (Tapi gambar ni masa balik) hee.
Admin Mangga beraksi. Ciak ciak ciakkk.
Ok selebihnya gambar sepanjang perjalanan dan semasa di Lata Hammer :)
*Peringatan. Banyak kes kematian pernah jadi dekat sini. Jadi para pengunjung minta berhati-hati semasa mandi. Elak kan kawasan air terjun sebab pusar agak kuat.
*Sampah pastikan bawa keluar ya. Ingat, tiada cleaner dalam hutan ni. Jadi pastikan bersih.
*Campsite juga pastikan selamat. Hujan tak menentu disini.
*Yahhh lupa nak promote. Gambar last ni ye, Pakai sweater (admin Jai), buff camoe (admin Aqil), topi askar (admin Mangga), yang depan sekali (crew Shamil).
SELAMAT BEROUTDOOR DAN JAGA KESELAMATAN ANDA YEEE !
Sebarang pertanyaan boleh tanya di ig kami :)
salam. nak tanya. masok lata hammer kena permit tak?
ReplyDeletesalam. nak tanya. masok lata hammer kena permit tak?
ReplyDelete